Sunday 30 September 2012

SOMBONG..

ASSALAMUALAIKUM..

Pernah tak tengok orang edar flyers kat tempat awam atau di pameran2...sure pernah kan....kalau x pernah tengok tu, memang x pernah berdunia dengan orang lain la...


Pengalaman sendiri apabila kasi flyers kat orang, orang buat x tahu jer...pergh masa tu rasa terbakar tau...ingatlah, itu tanda kita sombong dengan orang. Orang tu x bersalah kerana buat x tahu ja kat kita kerana dia fikir flyers kita akan menyusahkan dia. Kat mana dia nak buang.. kalau dia ambik, dia kena baca atau beribu alasan lain..mcm biasa ja buat..hehe..

Sombong banyak peringkat, ada sombong dengan menolak kebenaran dan sentiasa merendahkan orang lain. Sombong apabila tidak reti nak respek orang lain, sombong bila merasakan diri tu pandai sangat sampai x nak dengar apa yang orang lain nak kasitau.

Orang sombong ni mewarisi sifat Iblis manakala lawanya ialah orang yang sentiasa rendah diri. Kalau x nak ambik flyers pun, tunjuklah isyarat seperti menolak dengan tangan. Ini lebih manis dan menunjukkan kita menghormati orang lain. 

X rugi menghormati orang lain kerana kita akan disenangi oleh semua orang. Kalau kita sombong, pasti orang akan bencikan kita kelak. Sifat sombong dalam perbuatan, pakaian, percakapan dan perwatakan adalah sangat dibenci.

Ada gak keadaan membolehkan kita sombong seperti bersikap sombong dengan musuh Islam seperti hujjah yang dikemukakan oleh Muawiyah r.a kepada Saidina Umar Al Khattab r.a.

Mudahan Allah swt memelihara diri kita daripada sifat sombong...ya robb

No comments:

Post a Comment