Sunday 30 September 2012

SOMBONG..

ASSALAMUALAIKUM..

Pernah tak tengok orang edar flyers kat tempat awam atau di pameran2...sure pernah kan....kalau x pernah tengok tu, memang x pernah berdunia dengan orang lain la...


Pengalaman sendiri apabila kasi flyers kat orang, orang buat x tahu jer...pergh masa tu rasa terbakar tau...ingatlah, itu tanda kita sombong dengan orang. Orang tu x bersalah kerana buat x tahu ja kat kita kerana dia fikir flyers kita akan menyusahkan dia. Kat mana dia nak buang.. kalau dia ambik, dia kena baca atau beribu alasan lain..mcm biasa ja buat..hehe..

Sombong banyak peringkat, ada sombong dengan menolak kebenaran dan sentiasa merendahkan orang lain. Sombong apabila tidak reti nak respek orang lain, sombong bila merasakan diri tu pandai sangat sampai x nak dengar apa yang orang lain nak kasitau.

Orang sombong ni mewarisi sifat Iblis manakala lawanya ialah orang yang sentiasa rendah diri. Kalau x nak ambik flyers pun, tunjuklah isyarat seperti menolak dengan tangan. Ini lebih manis dan menunjukkan kita menghormati orang lain. 

X rugi menghormati orang lain kerana kita akan disenangi oleh semua orang. Kalau kita sombong, pasti orang akan bencikan kita kelak. Sifat sombong dalam perbuatan, pakaian, percakapan dan perwatakan adalah sangat dibenci.

Ada gak keadaan membolehkan kita sombong seperti bersikap sombong dengan musuh Islam seperti hujjah yang dikemukakan oleh Muawiyah r.a kepada Saidina Umar Al Khattab r.a.

Mudahan Allah swt memelihara diri kita daripada sifat sombong...ya robb

KERJA SAMBILAN GAJI SEPENUH MASA

Assalamualaikum..salam sejahtera..

Kedudukan kewangan kita kadangkala menyebabkan kita sering rasa tersesak atau tersedak membuatkan kadang-kadang kita terfikir macamana nak menambah pendapatan sampingan atau side income. Hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit dan sebagainya menyebabkan kita tidak dapat menikmati kehidupan macam orang lain kerana dibebankan dengan hutang piutang yang memakan masa kadangkala melebihi 20 tahun untuk menyelesaikannya.

Setuju atau tidak itulah realitinya. Pengalaman saya sendiri berada dalam keadaan berhutang menyebabkan rasa tidak selesa, rasa gundah dan seringkali terfikir apa akan jadi 'andai aku mati disaat hutang aku berlambak-lambak'.

Sampai masanya saya berusaha membebaskan diri saya dari hutang. Tidak semudah yang dirancangkan tetapi tidak susah andai sentiasa berusaha, sentiasa berdoa dan sentiasa belajar untuk menjadi berjaya dari orang yang telah berjaya.
 
 Saya ingin mencari orang yang ingin berubah, dinamik, sukakan cabaran dan tidak mudah putus asa. Anda boleh menjadi rakan kongsi saya dalam perniagaan ini.


Saturday 29 September 2012

KUNCI KEJAYAAN DALAM PERNIAGAAN..

ANDA INGIN JADI ORANG YANG BERJAYA?

apakah anda penakut?
apakah anda pemalas?
apakah anda orang pesimis?
apakah anda takut gagal?
Orang sukses adalah orang yang terus mencuba, meskipun telah mengalami banyak kegagalan. Ia memandang kehidupan sebagai peluang untuk mencapai kejayaan. Bagaimana dan mengapa mereka boleh menjadi teratas di bidang masing-masing, dari sukan, pendidikan, hingga ke perniagaan. Apa sebenarnya yang mereka ketahui dan lakukan untuk menjadi orang berjaya?

Berikut ada tujuh perkara yang dilakukan mereka dalam meraih kejayaan:





1. Orang berjaya berani mengambil risiko
Mereka berupaya untuk mencapai target, melakukan kajian, membuat networking dengan ramai orang, dan ghairah mencuba sesuatu yang baru seiring perkembangan zaman. David C. McClelland, seorang guru besar yang mendalami perjalanan orang-orang yang berjaya serta telah melakukan perjalanan ke banyak negara dan melatih usahawan kecil, menyatakan cara menjadi usahawan kecil yang berjaya adalah dengan menjadi pengambil risiko ; yang mahu terus mengambil risiko untuk meraih kejayaan..Namun begitu berani mengambil risiko mestilah dengan persediaan yang lengkap bukan main terjah sahaja.

2. Orang yang berjaya percaya kepada diri sendiri dan merasakan bahwa mereka berbuat sesuatu untuk dunia.Mereka memandang sebuah dunia yang besar dan ingin memainkan peranan penting di dalamnya. Mereka tetap bekerja sesuai keterampilan mereka, sambil tetap menyedari bahawa keterampilan memberi nilai kepada keterampilan lainnya. Mereka juga sedar, kerja mereka adalah terbaik akan menghasilkan keuntungan bagi mereka.

3. Orang yang berjaya menikmati apa yang sedang mereka lakukan.
Mereka mampu melihat pekerjaan yang mereka lakukan sebagai sesuatu yang menyenangkan hati ; jika mereka bekerja di mana mereka dapat nampak unggul dan menjadi pekerja terbaik. Orang yang berjaya menyukai persaingan; mereka menikmati pencapaian di puncak permainan mereka.

4. Orang yang berjaya adalah pelajar seumur hidup
Mereka menyedari, pendidikan tidak pernah berakhir tapi dimulai di setiap tingkatan kehidupan dan terus berlanjutan hingga akhir kehidupan. Pendidikan tidak terbatas di ruang kelas; ertinya sentiasa mencuba idea yang baru, membaca buku, surat khabar, majalah, dan menggunakan Internet merupakan bentuk pendidikan.

5. Orang yang berjaya berpandangan positif terhadap apa yang mereka lakukan.Mereka percaya gelas itu setengah penuh dan bukan setengah kosong. Mereka menanamkan semangat pada diri sendiri dan dapat membayangkan diri bagaimana mereka berhasil menyelesaikan suatu tugas sukar atau mencapai penghargaan tertinggi. Orang yang berjaya bagaikan pelatih bagi orang lain, dengan memberi pesanan-pesanan positif dalam kehidupan sehari-hari. Mereka gembira melihat orang lain membuat tonggak sejarah dalam kehidupan mereka.

6. Orang yang berjaya mempunyai banyak cara untuk memotivasi diri sendiri. Ada yang dengan cara melakukan beberapa cara setiap hari pada bidang berbeza. Seorang pemuda  memotivasikan dirinya sendiri dengan mencuba mendapatkan lebih banyak wang daripada kakaknya. Seorang wanita berusia 29 tahun menjadi doktor terkemuka  untuk menunjukkan kepada bekas gurunya bahawa dia memiliki keterampilan dan kecerdasan layak untuk mencapai profesion itu.

7. Orang yang berjaya menyelesaikan tugas bukan separuh jalan, dan mereka menggunakan cara kreatif dalam meraih kejayaan.Meskipun mungkin memerlukan waktu lebih lama, mereka akhirnya mencapai garis penamat. Mereka manfaatkan masa dengan baik dalam mensinergikan kemampuan fizikal dan mental untuk mencapai kejayaan.

Sebenarnya kita pun mampu mengikuti jejak mereka yang telah berjaya..PERCAYALAH!

Thursday 27 September 2012

LATIHAN...

Masa yang Allah swt amanahkan kepada kita sepatutnya kita manfaatkan sebaiknya. Perkara yang menjadi kebiasaan kita seperti melepak dikedai kopi, berborak kosong, main game di komputer, main FB berjam-jam dsb sepatutnya dielakkan. Macammana nak isi masa kita? sebenarnya kita memerlukan perancangan masa yang baik. Masa kita untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk masyarakat dan untuk amal ibadat kita.

HERBALIFE hanya memerlukan orang yang mampu memberi sedikit masa berfikir, belajar dan bertindak. Program latihan yang sesuai dengan masa dan tempat kita berada merupakan suatu kesempatan yang baik untuk kita terus berada dalam HERBALIFE dan terus maju bersamanya.

Setahun kita mempunyai 365 hari dan kita hanya memerlukan 20 hari sahaja untuk latihan dalam HERBALIFE mencakupi HOM, STS, ZERO2HERO,CPL, SPECTACULAR, EXTRAVAGANZA, UNIVERSITI HERBALIFE dan PERCUTIAN yang ditawarkan oleh syarikat. Hanya 20 hari!! dalam setahun!!



Ramai yang nak berjaya tapi x nak belajar dari orang yang dah berjaya. Ramai yang nak kaya tapi masih ingin belajar dari orang yang miskin. Macammana nak terus maju kalau kita x nak memberi sedikit masa kita belajar tentang Plan Asas HERBALIFE, Produk HERBALIFE dan Plan perniagaan HERBALIFE. Keluarlah dari zon merasakan diri dah pandai itu ini, zon x dak masa dan zon yang negatif.

Datang ke program latihan HERBALIFE, anda pasti berjaya mendaki kejayaan yang telah dicapai oleh usahawan HERBALIFE yang lalu.

Wednesday 26 September 2012

BELAJAR?

sekiranya nak belajar ilmu untuk manusia atau ilmu kehidupan ni pastikan rasa pandai, ego, rasa hormat dan bukan untuk bermegah2 disampingkan sejauh2nya...nak berjaya dalam HERBALIFE hendaklah mengikut prinsip yang sama. Anda x akan dapat apa2 ilmu mengenai HERBALIFE kalau datang ke HOM,STS,CPL,ZERO2HERO ataupun event yang besar dengan ego dan sombong. Lapangkan minda serta beri tumpuan sepenuhnya kepada penyampaian ilmu itu sendiri. Anda pasti BOLEH!

Tuesday 25 September 2012

AL KISAHNYA..

Assalamualaikum..

Sepanjang pengalaman saya ketika mengalami masalah berat badan yang keterlaluan. Saya merasakan saya sangat sihat walaupun kepala saya sering terasa berat, nak bangun tidur pun susah, nak tidur pun susah, sering kali termengah2, nak bersukan pun tak macam org lain yang kesana kemari penuh stamina dan semangat. 

 
Ada orang x  nak percaya? apa nak dikesahkan? yang penting diri sendiri jadi lebih baik. Ubah tabiat pemakanan sebab tubuh kita makin berusia dan memerlukan lebih banyak nutrisi yang baik dan seimbang. X nak percaya gak? terpulanglah..apa leh buat..diri sendiri, sendiri tanggung la...:)

 
Misi sekarang nak jadi lebih sihat dengan pemakanan yang baik dan mencari rakan yang positif dan ingin berubah untuk menjadi lebih baik. Baik dari segi kesihatan dan dari segi kewangan.

Mudahan Allah merahmati kita semua..ameen

Sunday 23 September 2012

ROAD SHOW KARAMUNSING..

sekembali dari Hong Kong, semangat baru bah kali ini..mengajak dan sentiasa mewar-warkan kepada masyarakat sekeling bahawa ada lagi insan yg prihatin terhadap cara hidup yang sihat melalui pengambilan nutrisi yang baik, berfikiran yang positif dan aktiviti fizikal yang berterusan.Sejenak bersama pelajar UMS di road show kali ini..

Friday 21 September 2012

Hong Kong




Naik feri dari taipa terminal menuju ke kowloon Hong Kong..tiket untuk sekeluarga hanya RM398..kapal besar dan selesa sangat..bebudak merengek nak makan walaupun makanan disediakan tetapi tidak HALAL..mujur ada gak mee segera..terpaksa gak la...hikss

Thursday 20 September 2012

MACAU 2012

kesempatan untuk melawat tempat menarik dimacau tidak akan dilepaskan meskipun letih dan x cukup masa dek dengan jadual latihan yang padat..terima kasih herbalife keranamu dapat kami sekeluarga bermusafir bersama2 dan bersusah payah bersama2...pasti kami akan teruskan usaha untuk membantu lebih ramai insan yang memerlukan..