Sunday 14 October 2012

PENYAKIT KARDIOVASKULAR..

Apa itu penyakit kardiovaskular?

 
Penyakit jantung ialah istilah luas yang digunakan untuk menerangkan bermacam-macam penyakit yang menjejaskan jantung dan salur darah seseorang. Istilah “penyakit jantung” kerap digunakan bertukar ganti dengan “penyakit kardiovaskular”.

Penyakit kardiovaskular merupakan sebab utama kematian di seluruh dunia dan ia merujuk kepada gangguan salur darah yang membekalkan darah ke jantung dan bahagian-bahagian penting tubuh yang lain seperti otak, buah pinggang, mata, tangan dan kaki.

Pengesanan awal risiko-risiko kardiovaskular membantu mengurangkan penderitaan akibat penyakit jantung dan mencegah komplikasi-komplikasinya seperti kegagalan jantung, serangan jantung, angin ahmar, penyakit buah pinggang dan penyakit arteri periferi melalui rawatan awal.

Penyakit kardiovaskular ialah proses yang bermula dengan kerosakan kepada tubuh akibat faktor-faktor gaya hidup seperti merokok, tiadanya kegiatan fizikal dan diet yang tidak sihat.

Kerosakan ini akan berkembang menjadi penyakit berisiko tinggi seperti kegemukkan, tekanan darah tinggi, kencing manis dan paras lipid tinggi. Jika ia terus dibiarkan tanpa ditangani, penyakit-penyakit ini seterusnya akan berkembang menjadi penyakit vaskular yang akan mengakibatkan kerosakan dan kegagalan pelbagai organ dan akhirnya kematian.

Apakah faktor risiko penyakit ini?

Ia bermula daripada GAYA HIDUP YANG TIDAK SIHAT ---> PENYAKIT RISIKO TINGGI & FAKTOR YANG TIDAK BOLEH DIUBAH ---> KEROSAKAN ORGAN HUJUNG

Siapa yang berisiko mendapat penyakit ini?

Pesakit yang menghidap kencing manis, tekanan darah tinggi, mempunyai masalah kegemukkan yang berlebihan dan penyakit buah pinggang berlarutan mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk mendapat penyakit kardiovaskular.

TETAPI, bagi individu yang berisiko tetapi tidak mempunyai simptom penyakit kardiovaskula, adalah dinasihatkan nasihat agar membuat beberapa perubahan kepada gaya hidup bagi meningkatkan kesihatan jantung mereka. Perubahan-perubahan ini termasuklah mengurangkan merokok, makan makanan yang sihat dan kerap bersenam. Jika sesuai, pesakit juga akan diberikan ubat untuk merawat tekanan darah tinggi, paras lipid tinggi dan kencing manis. Individu yang berisiko rendah harus terus mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Maka, marilah kita jalani HIDUP GAYA HIDUP SIHAT dgn mengamalkan ciri-ciri di bawah:

Pemakanan sihat
Kekalkan berat badan yang sihat
Selalu libatkan diri dlm kegiatan fizikal
Kurangkan/tidak merokok
Pastikan tahap kolestrol anda terkawal
Pastikan tekanan darah anda terkawal
Pastikan paras gula dalam darahl anda terkawal
Ambil ubat anda secara tetap
Sila jalani pemantauan tetap jika anda mempunyai masalah perubatan kronik...

Persoalannya, bagaimana HEBALIFE NITEWORKS boleh membantu?

Herbalife Niteworks dicipta berdasarkan kajian selama 35 tahun dalam Nitric Oxide (N.O) dan telah dihasilkan oleh Dr.Louis Ignarro (saintis Herbalife & pemenang Naubel Laurrette).

Apa itu N.O?

Nitrik Oksida (NO) dilepaskan di dalam endothelium dalam salur darah untuk memberi isyarat agar salur darah berada dalam keadaan rehat dan mudah lentur (elastic) dan meningkatkan aliran darah ke jantung. Ia secara semula jadi yang dihasilkan oleh tubuh manusia, walaupun dalam kuantiti yang kecil, pecahan asid amino.

Manfaat utama dan tugas nitrik oksida..

Mengatur peredaran darah dan menetapkan aktiviti otak, paru-paru, hati, perut dan organ-organ lain.
Membantu tekanan darah, melebarkan pembuluh darah boleh menyebabkan ereksi zakar dan digunakan oleh sistem kekebalan tubuh untuk melawan virus, bakteria dan parasit infections.

Kemampuannya untuk mengurangkan keradangan membantu otot yang terdedah kepada stresses.
HEBALIFE NITEWORKS telah digabungkan bersama dengan L-Arginine dan L-Citrulline utk membantu merangsang pengahasilan Nitrik Oksida.

Kebaikan gabungan L-Arginina dan L-Citrulline

L-arginina adalah asid amino yang membantu badan menghasilkan nirik oksida.

Menambahkan dengan L-arginina, peringkat nirik oksida adalah pada tahap yang optimum, dan jantung tidak kerja keras untuk mengepam darah ke seluruh tubuh, dan kami mendapat manfaat daripada stamina yang lebih baik, tenaga dan prestasi seksual.

L-citrullina memberi manfaat kepada sistem yang memudahkan pengeluaran L-arginina, kerana ia ditukar kepada L-arginina.

L-Citrulline membantu menyelesaikan masalah penyerapan nutrisi oleh badan, peningkatan L-arginina(melalui proses penukaran atau proses sintesis), di mana dan bila diperlukan.

KELEBIHAN HEBALIFE NITEWORKS

Mengandungi sebatian proprietari L-Arginina dan L-Citrulline untuk membantu merangsang tahap penghasilan Nitrik Oksida.

Membantu menjaga agar tona saluran darah, fleksibel dan muda untuk peredaran darah yang lebih baik.

Membantu meningkatkan pengaliran darah, fungsi yang menyokong jantung, otak dan organ2 lain.
Membantu menyokong tahap tekanan darah sihat yang berada dalam jumlah yang normal.
 
HUBUNGI SAYA : 019-4567274
 

Sunday 7 October 2012

KEPERIBADIAN UNGGUL...

Sifat-sifat orang yang mempunyai keperibadian unggul seperti : 

KETULUSAN

Ketulusan berada di peringkat pertama sebagai sifat yang paling disukai oleh
semua orang. Ketulusan membuatkan orang lain merasa aman dan dihargai kerana yakin ia tidak akan dibodohi atau dibohongi.

Orang yang tulus selalu mengatakan atau mengungkapkan kebenaran, tidak suka mengada-ada, berpura-pura, mencari-cari alasan atau memutarbelitkan fakta.



Prinsipnya “Ya diatas Ya dan Tidak diatas Tidak”.


Tentu akan lebih ideal apabila ketulusan yang selembut merpati itu diimbangi dengan kecerdikan seekor ular. Dengan begitu, ketulusan tidak menjadi sesuatu yang akan merugikan diri sendiri.


KERENDAHAN HATI


Berbeza dengan rendah diri yang merupakan kelemahan. Kerendahan hati ini mengungkapkan kekuatan. Hanya orang yang kuat jiwanya sahaja bersikap rendah hati. Ia seperti padi yang semakin berisi semakin menunduk.


Orang yang rendah hati sentiasa mengakui dan menghargai keunggulan orang lain. Ia akan membuatkan orang yang diatasnya merasa ok dan membuat orang yang di bawahnya tidak merasa minder.


KESETIAAN


Kesetiaan sudah menjadi barang langka & sangat tinggi harganya. Orang yang setia selalunya dipercayai dan diandalkan. Dia selalu menepati janji, punya komitmen yang kuat, rela berkorban dan tidak suka berkhianat.


POSITIVE THINKING


Orang yang bersikap positif (positive thinking) selalu berusaha melihat segala sesuatu dari kaca mata positif, bahkan dalam situasi yang buruk sekalipun. Dia lebih suka membicarakan kebaikan daripada keburukan orang lain, lebih suka bicara mengenai harapan daripada keputus asaan, lebih suka mencari solusi daripada frustasi, lebih suka memuji daripada mengecam, dan sebagainya.


KECERIAAN


Oleh kerana tidak semua orang dikurniakan susuk penampilan yang ceria, maka keceriaan tidak harus diertikan dengan ekspresi wajah dan tubuh badan tetapi melalui sikap hati. Orang yang ceria adalah orang yang sentiasa menikmati hidup, tidak suka mengeluh dan selalu berusaha meraih kegembiraan. Dia sentiasa mentertawakan situasi, orang lain dan juga dirinya sendiri. Dia punya potensi untuk menghibur dan mendorong semangat orang lain.


BERTANGGUNGJAWAB


Orang yang bertanggungjawab akan melaksanakan kewajipannya dengan bersungguh-sungguh. Kalau melakukan kesalahan, dia berani mengakuinya. Ketika mengalami kegagalan, dia tidak akan mencari kambing hitam untuk disalahkan. Bahkan kalau dia merasa kecewa dan sakit hati, dia tidak akan menyalahkan siapa pun. Dia menyedari bahwa dirinya sendirilah yang bertanggungjawab atas apa pun yang dialami dan dirasakannya.


PERCAYA DIRI


Rasa percaya diri memungkinkan seseorang menerima dirinya sebagaimana adanya, menghargai dirinya dan menghargai orang lain. Orang yang percaya diri mudah menyesuaikan diri dengan lingkungan dan situasi yang baru. Dia tahu apa yang harus dilakukannya dan melakukannya dengan baik.


BERJIWA BESAR


Orang yang berjiwa besar dapat dilihat dari segi kemampuan seseorang memaafkan orang lain. Orang yang berjiwa besar tidak akan membiarkan dirinya dikuasai oleh rasa benci dan permusuhan. Ketika menghadapi masa-masa sukar dia tetap tegar, tidak membiarkan dirinya hanyut dalam kesedihan dan keputus asaan.


EASY GOING


Orang yang easy going menganggap hidup ini ringan. Dia tidak suka membesar-besarkan masalah kecil. Bahkan berusaha mengecilkan masalah-masalah besar. Dia tidak suka mengungkit masa lalu dan tidak mahu khuwatir dan bimbang dengan masa depan. Dia tidak mahu pening dan stress dengan masalah-masalah yang berada di luar kawalannya.


EMPATI


Empati adalah sifat yang sangat mengagumkan. Orang yang berempati bukan saja pendengar yang baik tapi juga boleh menempatkan diri pada posisi orang lain. Ketika terjadi konflik dia selalu mencari jalan keluar terbaik bagi kedua belah pihak, tidak suka memaksakan pendapat dan kehendaknya sendiri. Dia selalu berusaha memahami dan mengerti orang lain.

petikantgidham @ http://khairulidham.blogspot.com 

Saturday 6 October 2012

PENGAWALAN BERAT BADAN

Pengawalan berat badan sangat berkaitan untuk menjaga kesihatan anda. Kesihatan yang baik bermula dari kemampuan untuk mengawal nafsu makan. Sunnah Rasulullah saw sendiri yang tidak makan mengikut berlebihan dan melarang umatnya makan apabila sudah kenyang.

Berat badan yang ideal adalah idaman lelaki dan wanita. Semasa remaja, berat badan agak ideal bagi kebanyakan orang tetapi apabila sudah berkahwin dan meningkat dewasa, seperti sekelip mata sahaja tubuh berubah. Kalau dulu Size 30+ sekarang dah menjadi 40+ secara tiba-tiba kononnya...hehe..
Sebenarnya untuk mengekalkan berat badan, anda perlu mengambil makanan yang seimbang dan jumlah kalori mencukupi untuk kepelbagaian aktiviti seharian kita. Sekiranya kalori yang diambil itu berlebihan, maka risiko untuk menambah berat badan tu terbuka luas.Dalam kebanyakan kes berlebihan berat badan atau kegemukan berpunca daripada pengambilan kalori yang berlebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal.
  
Kebiasaannya manusia biasa hanya memerlukan 1500-2500 kalori(kcal) tetapi mereka telah mengambil lebih banyak daripada apa yang diperlukan oleh tubuh badan mereka tanpa mereka sedari. sebagai contoh, si A hanya memerlukan 1600 kcal tetapi dia telah mengambil sarapan seperti nasi lemak+ kopi, tengahari seperti nasi berlauk dan malam pun nasi berlauk. Waktu snek seperti jam 10 pagi atau petang dia mengambil makanan ringan seperti kuih muih dan pisang goreng.

Amalan pemakanan seperti ini sebenarnya telah melangkaui kandungan kalori pemakanan yang diperlukan oleh tubuh badan dia. Jumlah pengambilan kalori sehariannya mencecah 2,500 kcal hingga 3,000 kcal sedangkan dia hanya memerlukan kalori yang jauh lebih sedikit daripada itu.

Akhirnya secara tidak langsung, dia telah mengundang penyakit yang berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat. Pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan gejala penyakit yang tidak berjangkit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, gout, kanser usus dan lain-lain.

Tidak mudah untuk mengamalkan cara hidup sihat sekiranya kita berada dalam lingkungan orang yang negatif dan berfikiran negatif. Carilah orang yang positif kerana anda akan menjadi orang yang positif.


Thursday 4 October 2012

KENAPA ANDA GAGAL?

Kenapa tidak berjaya?
Kenapa tidak lulus?
Kenapa asyik gagal?
Kenapa dan mengapa Tuhan tidak memenangkan?
Kenapa ? Kenapa?

Kebiasaan orang yang gagal ialah mencari alasan untuk menutup kegagalan itu. Alasan yang popular untuk orang yang gagal ialah tidak tahu, tidak boleh, tidak ada masa, tidak cukup modal, tidak itu tidak ini.

Dalam psikologi, satu istilah sering digunakan iaitu helah bela diri.Berbagai bentuk helah bela diri dikenal pasti dilakukan oleh orang yang gagal antaranya :

1. IDENTIFIKASI seperti menyifatkan orang lain lebih baik, lebih berkebolehan, lebih bertuah atau nasib orang lain lebih baik.

2. PENARIKAN dengan menarik diri dari satu situasi agar tidak perlu berjuang dan berusaha.

3.TINGKAH LAKU PROVOKASI dengan menggunakan orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri.

Pendek kata helah bela diri ni sering digunakan oleh orang yang gagal apabila tidak berjaya melakukan melalui sesuatu pekerjaan atau sesuatu perkara. Apabila menilai diri sendiri, kenapa kita sering gagal? apa tindakan kita apabila kita merasakan diri kita gagal? Adakah kita menjadikan alasan sebagai benteng kukuh untuk menyembunyikan kelemahan diri sendiri.

Sebenarnya kegagalan adalah satu proses untuk mematangkan kejayaan dimasa akan datang andai kegagalan itu dijadikan sebagai satu proses pengajaran. Albert Einstein merupakan seorang genius abad ke-20 pun pernah gagal dalam peperiksaan matematik. Beliau pernah berkata " “Barangsiapa yang tidak pernah melakukan kesalahan, maka dia tidak pernah mencuba sesuatu yang baru”

Untuk mencapai kejayaan dalam HERBALIFE khususnya, sikap memainkan peranan yang terpenting. Sikap akan menentukan hala tuju kejayaan yang ingin kita miliki. Sikap mencari alasan hendaklah dilontarkan sejauh yang mungkin dari dalam diri sendiri dan digantikan dengan sikap positif dan sentiasa berfikir positif.

Tumpukan fikiran kita kepada tujuan dan matlamat sebenar kita berada dalam HERBALIFE. Teruskan melangkah dan melangkah walaupun kita berseorangan kerana matlamat kita akan menjadikan kita sebagai terminator abad baru, penuh dengan kekuasaan, tenaga dan inspirasi.
 
Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi

Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”
Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”

Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji

Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha

Seorang yang berjaya berkata "Aku mesti lakukan sesuatu"
Seorang yang gagal berkata "Sesuatu mesti dilakukan"

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi

Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan




Tuesday 2 October 2012

UBAT UNTUK PENYAKIT?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan oktober..dok x dok dah nak raya haji pulak. Bakal jemaah haji kita pun dah berbondong-bondong berangkat ke Mekah. Dengar kata tahun ni kuota Jemaah Haji telah ditarik balik. Tak reti dah nak komen pasal tu.

Nak komen pasal ubat ja kali ni. Ramai yang beranggapan ubat adalah penyembuh kepada penyakit yang dihidapi. Sebenarnya ubat adalah sejenis DADAH yang digunakan untuk mengawal, merawat dan mencegah penyakit. Sangat bahaya sekiranya ubat diambil melebihi dos yang ditetapkan oleh pengawai perubatan terlatih.

Ubat-ubatan akan menyebabkan keracunan kepada tubuh badan seperti mengantuk, gelisah, susah bernafas dan sebagainya. Tabiat mengambil ubat ketika sakit merupakan tabiat buruk yang perlu dijauhi oleh semua orang kerana kesannya yang buruk terhadap tubuh badan pada jangka waktu yang panjang.

Cara yang terbaik ialah mencegah penyakit dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan aktiviti fisikal yang konsisten. Pengetahuan mengenai makanan seimbang, makanan yang baik, waktu makan yang sesuai dan keperluan badan terhadap makanan perlu dipertingkatkan dari masa kesemasa untuk merawat dan mencegah penyakit.

Ramai yang bersetuju dengan slogan 'mencegah adalah lebih baik dari mengubati' tetapi ramai yang tidak bersedia untuk bertindak. Ramai jugak yang hanya akan bertindak apabila berada disaat-saat akhir ataupun ketika keadaan sudah hampir teruk. Kalau yang kencing manis tu, dah sampai nak potong kaki dah baru nak cegah atau baru nak kurangkan minuman berkarbonat. Semuanya itu sudah terlambat kerana tubuh badan manusia memerlukan masa untuk merawat sel-sel yang rosak.


Sesiapa yang tak faham, rujuklah pegawai perubatan berdekatan. 

 

Sunday 30 September 2012

SOMBONG..

ASSALAMUALAIKUM..

Pernah tak tengok orang edar flyers kat tempat awam atau di pameran2...sure pernah kan....kalau x pernah tengok tu, memang x pernah berdunia dengan orang lain la...


Pengalaman sendiri apabila kasi flyers kat orang, orang buat x tahu jer...pergh masa tu rasa terbakar tau...ingatlah, itu tanda kita sombong dengan orang. Orang tu x bersalah kerana buat x tahu ja kat kita kerana dia fikir flyers kita akan menyusahkan dia. Kat mana dia nak buang.. kalau dia ambik, dia kena baca atau beribu alasan lain..mcm biasa ja buat..hehe..

Sombong banyak peringkat, ada sombong dengan menolak kebenaran dan sentiasa merendahkan orang lain. Sombong apabila tidak reti nak respek orang lain, sombong bila merasakan diri tu pandai sangat sampai x nak dengar apa yang orang lain nak kasitau.

Orang sombong ni mewarisi sifat Iblis manakala lawanya ialah orang yang sentiasa rendah diri. Kalau x nak ambik flyers pun, tunjuklah isyarat seperti menolak dengan tangan. Ini lebih manis dan menunjukkan kita menghormati orang lain. 

X rugi menghormati orang lain kerana kita akan disenangi oleh semua orang. Kalau kita sombong, pasti orang akan bencikan kita kelak. Sifat sombong dalam perbuatan, pakaian, percakapan dan perwatakan adalah sangat dibenci.

Ada gak keadaan membolehkan kita sombong seperti bersikap sombong dengan musuh Islam seperti hujjah yang dikemukakan oleh Muawiyah r.a kepada Saidina Umar Al Khattab r.a.

Mudahan Allah swt memelihara diri kita daripada sifat sombong...ya robb

KERJA SAMBILAN GAJI SEPENUH MASA

Assalamualaikum..salam sejahtera..

Kedudukan kewangan kita kadangkala menyebabkan kita sering rasa tersesak atau tersedak membuatkan kadang-kadang kita terfikir macamana nak menambah pendapatan sampingan atau side income. Hutang kereta, hutang rumah, hutang kad kredit dan sebagainya menyebabkan kita tidak dapat menikmati kehidupan macam orang lain kerana dibebankan dengan hutang piutang yang memakan masa kadangkala melebihi 20 tahun untuk menyelesaikannya.

Setuju atau tidak itulah realitinya. Pengalaman saya sendiri berada dalam keadaan berhutang menyebabkan rasa tidak selesa, rasa gundah dan seringkali terfikir apa akan jadi 'andai aku mati disaat hutang aku berlambak-lambak'.

Sampai masanya saya berusaha membebaskan diri saya dari hutang. Tidak semudah yang dirancangkan tetapi tidak susah andai sentiasa berusaha, sentiasa berdoa dan sentiasa belajar untuk menjadi berjaya dari orang yang telah berjaya.
 
 Saya ingin mencari orang yang ingin berubah, dinamik, sukakan cabaran dan tidak mudah putus asa. Anda boleh menjadi rakan kongsi saya dalam perniagaan ini.