Tuesday 2 October 2012

UBAT UNTUK PENYAKIT?

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Pejam celik pejam celik dah masuk bulan oktober..dok x dok dah nak raya haji pulak. Bakal jemaah haji kita pun dah berbondong-bondong berangkat ke Mekah. Dengar kata tahun ni kuota Jemaah Haji telah ditarik balik. Tak reti dah nak komen pasal tu.

Nak komen pasal ubat ja kali ni. Ramai yang beranggapan ubat adalah penyembuh kepada penyakit yang dihidapi. Sebenarnya ubat adalah sejenis DADAH yang digunakan untuk mengawal, merawat dan mencegah penyakit. Sangat bahaya sekiranya ubat diambil melebihi dos yang ditetapkan oleh pengawai perubatan terlatih.

Ubat-ubatan akan menyebabkan keracunan kepada tubuh badan seperti mengantuk, gelisah, susah bernafas dan sebagainya. Tabiat mengambil ubat ketika sakit merupakan tabiat buruk yang perlu dijauhi oleh semua orang kerana kesannya yang buruk terhadap tubuh badan pada jangka waktu yang panjang.

Cara yang terbaik ialah mencegah penyakit dengan mengamalkan pemakanan seimbang dan aktiviti fisikal yang konsisten. Pengetahuan mengenai makanan seimbang, makanan yang baik, waktu makan yang sesuai dan keperluan badan terhadap makanan perlu dipertingkatkan dari masa kesemasa untuk merawat dan mencegah penyakit.

Ramai yang bersetuju dengan slogan 'mencegah adalah lebih baik dari mengubati' tetapi ramai yang tidak bersedia untuk bertindak. Ramai jugak yang hanya akan bertindak apabila berada disaat-saat akhir ataupun ketika keadaan sudah hampir teruk. Kalau yang kencing manis tu, dah sampai nak potong kaki dah baru nak cegah atau baru nak kurangkan minuman berkarbonat. Semuanya itu sudah terlambat kerana tubuh badan manusia memerlukan masa untuk merawat sel-sel yang rosak.


Sesiapa yang tak faham, rujuklah pegawai perubatan berdekatan. 

 

1 comment: