Saturday 6 October 2012

PENGAWALAN BERAT BADAN

Pengawalan berat badan sangat berkaitan untuk menjaga kesihatan anda. Kesihatan yang baik bermula dari kemampuan untuk mengawal nafsu makan. Sunnah Rasulullah saw sendiri yang tidak makan mengikut berlebihan dan melarang umatnya makan apabila sudah kenyang.

Berat badan yang ideal adalah idaman lelaki dan wanita. Semasa remaja, berat badan agak ideal bagi kebanyakan orang tetapi apabila sudah berkahwin dan meningkat dewasa, seperti sekelip mata sahaja tubuh berubah. Kalau dulu Size 30+ sekarang dah menjadi 40+ secara tiba-tiba kononnya...hehe..
Sebenarnya untuk mengekalkan berat badan, anda perlu mengambil makanan yang seimbang dan jumlah kalori mencukupi untuk kepelbagaian aktiviti seharian kita. Sekiranya kalori yang diambil itu berlebihan, maka risiko untuk menambah berat badan tu terbuka luas.Dalam kebanyakan kes berlebihan berat badan atau kegemukan berpunca daripada pengambilan kalori yang berlebihan dan kurang melakukan aktiviti fizikal.
  
Kebiasaannya manusia biasa hanya memerlukan 1500-2500 kalori(kcal) tetapi mereka telah mengambil lebih banyak daripada apa yang diperlukan oleh tubuh badan mereka tanpa mereka sedari. sebagai contoh, si A hanya memerlukan 1600 kcal tetapi dia telah mengambil sarapan seperti nasi lemak+ kopi, tengahari seperti nasi berlauk dan malam pun nasi berlauk. Waktu snek seperti jam 10 pagi atau petang dia mengambil makanan ringan seperti kuih muih dan pisang goreng.

Amalan pemakanan seperti ini sebenarnya telah melangkaui kandungan kalori pemakanan yang diperlukan oleh tubuh badan dia. Jumlah pengambilan kalori sehariannya mencecah 2,500 kcal hingga 3,000 kcal sedangkan dia hanya memerlukan kalori yang jauh lebih sedikit daripada itu.

Akhirnya secara tidak langsung, dia telah mengundang penyakit yang berpunca daripada pemakanan yang tidak sihat. Pemakanan yang tidak sihat akan menyebabkan gejala penyakit yang tidak berjangkit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, kolestrol tinggi, gout, kanser usus dan lain-lain.

Tidak mudah untuk mengamalkan cara hidup sihat sekiranya kita berada dalam lingkungan orang yang negatif dan berfikiran negatif. Carilah orang yang positif kerana anda akan menjadi orang yang positif.


No comments:

Post a Comment