Thursday 4 October 2012

KENAPA ANDA GAGAL?

Kenapa tidak berjaya?
Kenapa tidak lulus?
Kenapa asyik gagal?
Kenapa dan mengapa Tuhan tidak memenangkan?
Kenapa ? Kenapa?

Kebiasaan orang yang gagal ialah mencari alasan untuk menutup kegagalan itu. Alasan yang popular untuk orang yang gagal ialah tidak tahu, tidak boleh, tidak ada masa, tidak cukup modal, tidak itu tidak ini.

Dalam psikologi, satu istilah sering digunakan iaitu helah bela diri.Berbagai bentuk helah bela diri dikenal pasti dilakukan oleh orang yang gagal antaranya :

1. IDENTIFIKASI seperti menyifatkan orang lain lebih baik, lebih berkebolehan, lebih bertuah atau nasib orang lain lebih baik.

2. PENARIKAN dengan menarik diri dari satu situasi agar tidak perlu berjuang dan berusaha.

3.TINGKAH LAKU PROVOKASI dengan menggunakan orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri.

Pendek kata helah bela diri ni sering digunakan oleh orang yang gagal apabila tidak berjaya melakukan melalui sesuatu pekerjaan atau sesuatu perkara. Apabila menilai diri sendiri, kenapa kita sering gagal? apa tindakan kita apabila kita merasakan diri kita gagal? Adakah kita menjadikan alasan sebagai benteng kukuh untuk menyembunyikan kelemahan diri sendiri.

Sebenarnya kegagalan adalah satu proses untuk mematangkan kejayaan dimasa akan datang andai kegagalan itu dijadikan sebagai satu proses pengajaran. Albert Einstein merupakan seorang genius abad ke-20 pun pernah gagal dalam peperiksaan matematik. Beliau pernah berkata " “Barangsiapa yang tidak pernah melakukan kesalahan, maka dia tidak pernah mencuba sesuatu yang baru”

Untuk mencapai kejayaan dalam HERBALIFE khususnya, sikap memainkan peranan yang terpenting. Sikap akan menentukan hala tuju kejayaan yang ingin kita miliki. Sikap mencari alasan hendaklah dilontarkan sejauh yang mungkin dari dalam diri sendiri dan digantikan dengan sikap positif dan sentiasa berfikir positif.

Tumpukan fikiran kita kepada tujuan dan matlamat sebenar kita berada dalam HERBALIFE. Teruskan melangkah dan melangkah walaupun kita berseorangan kerana matlamat kita akan menjadikan kita sebagai terminator abad baru, penuh dengan kekuasaan, tenaga dan inspirasi.
 
Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi

Seorang yang berjaya sentiasa berkata “biar saya buat kerja ini untuk awak”
Seorang yang gagal sentiasa berkata “ini bukan kerja aku”

Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan

Seorang yang berjaya berkata “perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan”
Seorang yang gagal berkata “perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah”

Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata “aku dah silap”
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata “ini bukan silap aku”

Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji

Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha

Seorang yang berjaya berkata "Aku mesti lakukan sesuatu"
Seorang yang gagal berkata "Sesuatu mesti dilakukan"

Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang

Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi

Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya

Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan




No comments:

Post a Comment